(13/june) easycover.my platform penyelesaian urusan insurans digital pertama
SHAH ALAM: VKA Wealth Planners Sdn Bhd, syarikat khidmat kewangan, melancarkan easycover.my iaitu platform insurtech inovatif yang akan merevolusikan cara perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Easycover.my adalah platform digital pertama yang menawarkan penyelesaian pengurusan insurans yang lancar untuk faedah pekerja secara dalam talian bagi memenuhi keperluan perniagaan.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Javern Lim, berkata inspirasi untuk pelancaran easycover.my secara langsung ini dipengaruhi oleh Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia 2022 sehingga 2026, yang bertujuan untuk memajukan digitalisasi sektor kewangan dan meningkatkan dinamisme sektor insurans dan takaful.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk menyumbang kepada manfaat sosial dan ekonomi jangka panjang untuk Malaysia dengan memupuk inklusi, memacu persaingan inovatif, dan meningkatkan kecekapan operasi.